Wah!! Akhirnya Anis Sakinah mempunyai satu blog! ~tepuk tangan,~pewiit~ Sebenarnya, aku dulu lagi dah ada tapi da lupa pula password :P. Okey, sekarang aku akan buka buku baru dan buat blog iaitu 'Aku Anis Sakinah'. Singkatannya A.A.S, blog pun ada singkatan wehh!
Hmm.. aku akan buka blog ini 3 kali sehari waktu weekend aje! Harap sangat ada orang akan meneman! Kenapa rasanya ada orang buka blog ni? Senang je jawapan nak dikenali? Mungkin ramai orang berfikiran begitu walaupun dinafikan, betul tak? Samalah macam aku! Tapi juga sebab aku nak luahkan perasaan sebagai Anis Sakinah dalam blog. Ramai juga gadis yang bernama Anis Sakinah so tak peliklah kalau tak ada orang kenal aku.
Aku 14 tahun dan tinggal dan lahir di Selangor...Nak ke aku letak gambar? No thx, adakah sebab aku Hodoh? Gemuk? Tak Cantik? Hah! Orang 'macam ini' pun boleh blogging okey!? Biar aku terang aku macam mana. Aku kurus tinggi lebih dari 150cm, aku paling tinggi dalam kalangan kawan aku tapi mungkin ketinggian aku sudah berubah..
Muka aku putih taklah sangat, hitam tak juga boleh dikatakan normal atau terletak di middle. Tahap jerawat di muka ni normal juga, tak berani aku nak cakap lebih atau kurang sebab boleh berubah terutama waktu panas! Bukan main banyak timbul! GROSS!? :p Taklah gross manapun! Hm!
#Sampai sini shaja aku berblog dan akan blog lagi SOON! Later!