Begitu juga penipuan membalut kebenaran tak kira manis, masam atau pahit..
Setelah dibuka pembalutnya sekian lama, adakah gula-gula itu akan dimakan?
Adakah gula-gula itu akan diserahkan kepada orang lain?
Mungkin gula-gula itu akan dibuang..
Siapa yang akan mengutip gula-gula itu kalau dibuang?
Mungkin tiada sesiapa pun..
Tapi siapa yang membuka pembalut gula-gula itu?
Walaupun telah disimpan di dalam peti yang berkunci,
Sedangkan kuncinya disorokkan tanpa pengetahuan sesiapa,
Siapakah?
Mata yang memandang seperti pisau menusuk daging,
Bisikan dan gelakan seperti mengejar dari setiap arah,
Tempat yang sunyi disebalik pokok kehijauan itu, adalah tempatnya bersama dia..
Gula-gula dengan pembalut yang berbeza dikutip di situ,
Dibuka pembalutnya dan makan,
Manis, semanis madu.
Setiap hari sebiji yang dikutip terasa hidup manis sekali..
Keesokan hari gula-gula itu tiada, kemanakah ia pergi?
Hidupnya terasa kosong semula setelah ketahui yang dia telah memakan pembalutnya!
Kenapa? Bukankah aku memakan gulanya? Kalau itu bukan gula-gulanya manakah ia pergi?
Sepasang mata yang memandang tidak disedar kehadirannya..
Gula-gula! Itu yang berada dalam fikirannya sekarang..
Mata-mata yang memandang seperti dibaling bantal,
Bisikan dan gelakan seperti sahabat menanyakan soalan,
Manakah gula-gula itu? Hanya itu yang difikirkan.
Dia muncul dengan penuh kejutan, adakah aku dapat memakan gula-gulanya?
Ternyata dia memberikan aku gula-gula dan rasanya manis semanis dia.
the end
Huhhh...penat memerah otak karang 'cerita' ni..
Sekarang ni aku minat nak mengarang, tapi aku pun tak tahu apa yang aku karang.. XP
Acah je.. Kepada yang tak faham mari sini saya ceritakan..
Ia menceritakan tentang seorang gadis yang menipu semua orang tetapi dengan niat yang baik, setelah dibongkarkan rahsianya, semua orang yang semakin membencinya. Tetapi siapakah yang membongkarkan rahsia dia?
Dia dibuli dengan mental dan tempatnya berseorangan adalh di taman di situ dia berjumpa jejaka yang keseorangan seperti dia. Tanpa disedari jejaka itu juga memipu dia dengan niat yang baik, gadis itu berasa sedih apabila jejaka itu hilangkan diri dan menipunya. Dia ingin mencari kebenaran dan jejaka itu. Jejaka itu tahu tentang hal ini dan hanya melihat dari jauh. Gadis itu tidak menghiraukan lagi kata-kata orang lain dan hanya memikirkan tentang mencari lelaki tersebut.Suatu hari, jejaka itu muncul dan menerangkan sebab perkara ini berlaku, dari rahsianya terbongkar sehingga penipuan di taman itu. Setelah menerima kenyataan, dia sedar yang dia telah jatuh cinta!
Wah....sweet tak? Heheh.. ini dibuat secara spontan sahaja, kritiklah seperti mana yang anda mahu tapi berlembut sedikit dengan saya!! :)



