As'kum, you alls!
Wahh...rasanya dah lama aku tak bukak blog ni.. berhabuk dah aku tengok ada sarang labah2 plak tu!! Biar aku sapu2 sikit ya..
Bila aku tengok blog aku yang PATHETIC ini aku rasa nak tutup je benda ni..
But aku bangga dapat buat blog ini so aku akan maju!! Aku rasa hidup aku ini sangat membosankan aku ada keluarga yang bahgia ke? Adakah aku gembira hidup macam ni? Patut ke aku ubah diri sendiri? Aku tahu orang boleh berubah tapi tentu pelik kalau aku ubah diri sendiri tiba2..
Apa kawan aku cakap? Adakah dirang akan berkawan dengan aku lagi? Sejujurnya aku tak suka ada kawan tapi lebih suka kalau ada orang sanjung dan hormat aku..Kenapa aku berfikir macam ni? Soalan yang aku nak tanya diri sendiri tapi tiada jawapannya dan aku masih lagi mencari jawapannya.
Sebelum tidur aku akan fikirkan benda yang tak masuk akal seperti masa depan aku apa yang aku akan buat selepas aku bangun nanti ada perubahan ke? Tentulah tidak kalau aku tak berubah. Bila aku fikirkan satu jawapan soalan lain akan datang dan jawapan tadi sperti tak ada makna lalu aku lupa tapi selepas itu soalan itu keluar balik dan aku habiskan masa fikirkan balik semula jawapan!
Tick tock tick tock...dah pagi! stupid sungguh aku ni, hahah... Tapi tidak mengapa kalau korang tak faham tapi kalau korang yakinkan aku, I will let the cat out of the box and spill the beans! Maksudnya, aku akan ceritakan semua!! HOHO!
Apa yang paling pandai aku buat? Aku pandai mengeluh itulah kemahiran aku kalau aku berfikir! Aku cuma boleh harapkan diri sendiri tapi aku berubah lihatlah aku berubah nanti!!
Lihatlah aku DUNIA~!
No comments:
Post a Comment